:: MAJLIS BERBUKA PUASA

Sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak yang mulia, seperti tahun-tahun lepas Jabatan Pelajaran Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Murid Asrama Bersama Pengarah Pelajaran Pulau Pinang. Pada tahun ini, majlis tersebut akan diadakan di 7 buah asrama pilihan. Majlis tersebut akan diadakan pada:

5hb. September 2008, Jumaat ( 5 Ramadhan 1429 ) - SMK Teluk Kumbar.
9hb. September 2008, Selasa ( 9 Ramadhan 1429 ) - SMK Bakti.
11hb. September 2008, Khamis ( 11 Ramadhan 1429 ) - SMK Sungai Acheh.
15hb. September 2008, Isnin ( 15 Ramadhan 1429 ) - SM Islam Al Masriyah.
22hb. September 2008, Isnin ( 22 Ramadhan 1429 ) - SMT Batu Lanchang.
23hb. September 2008, Rabu ( 23 Ramadhan 1429 ) - SMS Tun Syed Sheh Shahbudin.
25hb. September 2008, Khamis ( 25 Ramadhan 1429 ) - SMKA Al Mashoor (L).

:: MAJLIS PELANCARAN MODUL KEPIMPINAN PELAJAR ASRAMA

Majlis Pelancaran Modul Kepimpinan Pelajar Asrama telah diadakan di SMK Kpg Selamat pada 3hb. Ogos 2008. Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang, Tn. Haji Ibrahim b. Mohamad.
Pengarah Pelajaran telah menyampaikan Modul Kepimpinan Pelajar Asrama kepada Pengetua SMK Kpg Selamat, Pn. Arsun b. Jasin sebagai wakil kepada semua sekolah berasrama di negeri Pulau Pinang.

:: ASAT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 Ogos 2008 ( Sabtu dan Ahad ). Pejabat Pelajaran Daerah Utara/Tengah telah diberi kepercayaan untuk melaksanakannya. Pertandingan diadakan pada 2hb Ogos 2008 di beberapa buah asrama di sekitar PPD Utara/Tengah.

Majlis penutup telah diadakan di SMK Kpg Selamat pada 3hb. Ogos 2008. Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Mohamad, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang.




:: PERTUKARAN PEGAWAI ASRAMA

En. Abdul Nasir bin Salleh telah bertukar ke SMKA Al-Mashoor (L) mulai 1 Jun 2008 sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau yang memegang jawatan sebagai Pegawai Asrama lebih daripada 9 tahun. Telah banyak khidmat yang telah dicurahkan kepada pembangunan asrama negeri Pulau Pinang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau di atas kecemerlangan pengurusan asrama negeri Pulau Pinang.

Satu majlis perpisahan dan ucapan terima kasih telah diadakan oleh penyelia asrama di atas jasa beliau.

Tempat beliau telah diganti oleh En. Hassan bin Din, Ketua Warden Asrama SMK Seri Balik Pulau.

:: ASAT 2008

Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) merupakan program induk Bahagian Sekolah KPM dalam usaha merealisasikan peranan dan fungsi asrama sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serentak memartabatkan asrama haian seluruh negara.

Pada tahun 2008, Negeri Perak telah dipilih sebagai tuan rumah pertandingan ASAT kebangsaan. Pertandingan ini akan diadakan pada 11 - 15 Julai 2008.

Bagi Anugerah Seri Asrama Terbilang sekolah menengah, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang telah mencalonkan SMKA Nibong Tebal. Diharap sekolah SMKA Nibong Tebal dapat mengekalkan kejuaraan Negeri Pulau Pinang yang disandang oleh SMKA Al-Irshad. - Tahniah dan Syabas.
Untuk pusingan pertama, Pulau Pinang diletakkan bersama dengan Negeri Kedah, Perlis dan Kuala Lumpur.

Manakala Pemilihan Tokoh Pelajar 2008 pula akan diadakan di Negeri Sabah.

:: SISTEM MAKLUMAT ASRAMA

Kutipan data bagi Sistem Maklumat Asrama (SMA) Negeri Pulau Pinang adalah 3x setahun iaitu berasaskan pada data 31 Jan / 30 Jun dan 30 Okt. Pada kutipan data pada kali ini adalah data berasaskan pada 13 Jan 08, data tersebut hendaklah sampai ke Unit HEM pada atau sebelum 15 Februari 2008.