:: ASAT PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri Pulau Pinang telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 2 dan 3 Ogos 2008 ( Sabtu dan Ahad ). Pejabat Pelajaran Daerah Utara/Tengah telah diberi kepercayaan untuk melaksanakannya. Pertandingan diadakan pada 2hb Ogos 2008 di beberapa buah asrama di sekitar PPD Utara/Tengah.

Majlis penutup telah diadakan di SMK Kpg Selamat pada 3hb. Ogos 2008. Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Mohamad, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang.




:: PERTUKARAN PEGAWAI ASRAMA

En. Abdul Nasir bin Salleh telah bertukar ke SMKA Al-Mashoor (L) mulai 1 Jun 2008 sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Beliau yang memegang jawatan sebagai Pegawai Asrama lebih daripada 9 tahun. Telah banyak khidmat yang telah dicurahkan kepada pembangunan asrama negeri Pulau Pinang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau di atas kecemerlangan pengurusan asrama negeri Pulau Pinang.

Satu majlis perpisahan dan ucapan terima kasih telah diadakan oleh penyelia asrama di atas jasa beliau.

Tempat beliau telah diganti oleh En. Hassan bin Din, Ketua Warden Asrama SMK Seri Balik Pulau.