:: MAJLIS BERBUKA PUASA

Seperti tahun-tahun lepas, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Pelajaran di sekolah-sekolah berasrama sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah:
01/09/2009 (11 Ramadhan 1430) SMK Penang Free
03/09/2009 (13 Ramadhan 1430) SMT Balik Pulau
09/09/2009 (19 Ramadhan 1430) SABK Daeratul Maarifil Wataniah 1
14/09/2009 (24 Ramadhan 1430) SMK Permatang Pasir
17/09/2009 (27 Ramadhan 1430) SMKA Nibong Tebal

Majlis Berbuka di SMK Penang Free.
Kehadiran : Tn. Haji Osman bin Hussein - Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan.


Majlis Berbuka di SMT Balik Pulau.
Kehadiran : Tn. Haji Ahmad Tarmizi b. Kamaruddin - Timbalan Pengarah Pelajaran

:: KURSUS PENGURUSAN ASRAMA KEPADA PENYELIA

Kursus Pengurusan Asrama Kepada Penyelia Asrama telah diadakan pada 6 - 9hb. Julai 2009 bertempat di Kondo Istana Hotel, Langkawi Kedah.
Tujuan kursus adalah untuk mempertingkatkan kemahiran pengurusan asrama.
Antara isi kandungan kursus adalah:
a. Bidang dan Peranan Penyelia
b. Tatakelakuan Penjawat Awam
c. Pengurusan Sistem Fail
d. Tatacara Pengurusan Aset
e. Pengurusan Fizikal Asrama
f. Pengurusan Asrama
g. Sistem Maklumat Asrama

Bahanan taklimat:
> Sistem Maklumat Asrama

:: KUTIPAN DATA JANUARI 2009

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuat kutipan data Asrama bagi bulan Januari 2009 berasaskan data pada 31 Januari 2009. Pihak sekolah dikehendaki membuat kemaskini data murid serta memastikan tiada murid yang tercicir. Data yang telah dikemaskini perlu dihantar pada atau sebelum 6 Februari 2009 bersama-sama dengan cetakan lampiran pengesahan.
Data perlu dihantar mengikut daerah melalui Penyelia Asrama yang telah dilantik:
Timur Laut - Pn. Dayang Maria (SMK Datuk Hj. Mohd Nor Ahmad)
Barat Daya - Siti Aishah (SMK Seri Balik Pulau)
SP Utara - Pn Zainab (SMK Sri Muda)
SP Tengah - Cik Rashidah (SMK Tinggi BM)
SP Selatan - Pn. Rodziah ( SMK Seri Nibong)